JOSE Mourinho dikhabarkan sedang mempelajari bahasa Jerman, sekali gus menguatkan lagi spekulasinya ke Bundesliga.
Menurut laporan Bild, pengendali yang baru dipecat AS Roma itu tertarik untuk melatih Bayern Munich.
Bayern ketika ini menghuni tangga kedua Bundesliga, namun kekalahan 0-3 kepada Bayer Leverkusen Sabtu lalu memberi tekanan kepada Thomas Tuchel yang mungkin dipecat sebaik sahaja kempen musim ini berakhir.
Hasrat Mourinho untuk melatih kelab Jerman pernah didedahkan Bastian Shcweinsteiger semasa mereka bersama-sama di Manchester United pda 2015.
Menurut Schweinsteiger, Mourinho kerap mengajukan pertanyaan mengenai kelab lamanya dan persaingan di Bundesliga.
"Saya boleh membayangkan Mourinho di Jerman. Dia selalu bertanya mengenai Bayern dan Bundesliga setiap kali kami bersembang," katanya.
Mourinho memiliki lima gelaran utama benua Eropah iaitu dua gelaran Liga Juara-Juara Eropah (UCL), dua trofi Liga Europa dan pada 2022 menjulang trofi sulung Liga Konferensi Europa dengan AS Roma.
Pengendali berusia 61 tahun dari Portugal itu membuat penampilan besar pada 2003 apabila mengemudi Porto menjulang Piala UEFA yang kemudiannya digantikan dengan Liga Europa dan pada tahun berikutnya, mereka muncul juara UCL. - Sinar Harian/ Agensi
Sinar Harian
Tue Feb 13 2024
Jose Mourinho dikhabarkan sedang mempelajari bahasa Jerman, sekali gus menguatkan lagi spekulasinya ke Bundesliga.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ejen insurans didakwa merompak, cederakan mangsa
Seorang ejen insurans didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini kerana merompak dan mencederakan seorang lelaki di Kepong, dua bulan lalu.
Tertuduh, Mohammad Hasbullah Mustafa Kamal, 33, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Hamidah Mohamed Deril.
Tertuduh, Mohammad Hasbullah Mustafa Kamal, 33, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Hamidah Mohamed Deril.
PM Anwar jamin tindakan tegas terhadap pelampau
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap gerombolan pelampau yang mahu mengeruhkan keadaan dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perkara mungkin berbeza di Man Utd andai Mourinho terima sokongan seperti Ten Hag
Jose Mourinho percaya kerjayanya di Manchester United mungkin lebih berjaya sekiranya dia diberi kepercayaan yang sama seperti Erik ten Hag.
Mourinho dikaitkan jadi jurulatih Liverpool
Kehadiran Mourinho itu menyebabkan peminat Liverpool mula membincangkan kemungkinan pengurus Portugal itu menggantikan Jurgen Klopp.
Mourinho belajar bahasa Jerman
Jose Mourinho dilaporkan tertarik untuk melatih Bayern Munich.
Serie A gantung Jose Mourinho 10 perlawanan
Pengendali kelahiran Portugal itu tidak akan dibenarkan bersama di garisan tepi atau di bilik persalinan kelab pada hari perlawanan.
UEFA gantung Jose Mourinho empat perlawanan
Jurulatih Roma, Jose Mourinho telah dikenakan penggantungan empat perlawanan oleh UEFA kerana kelakuannya pada perlawanan akhir Liga Europa bulan lalu.
UEL: Jose Mourinho didakwa UEFA gara-gara kritik pengadil
EPL menyifatkan apa yang dilalui pegawai berkenaan sebagai sesuatu yang "mengejutkan dan tidak dapat diterima."
Serie A: Mourinho ugut mahu ambil tindakan undang-undang terhadap pengadil keempat
Mourinho diarahkan keluar padang oleh pengadil tidak lama selepas pasukannya ketinggalan 0-1 gara-gara pertelingkahannya dengan Serra.
Mourinho dakwa dirinya 'pilihan pertama' untuk kemudi Portugal
Mourinho dikhabarkan akan kembali ke tanah airnya dan mengendalikan pasukan kebangsaan sebelum Martinez dilantik.
Jadual padat pra-Piala Dunia jejaskan prestasi pemain - Mourinho
Ahad lalu, Dybala terkeluar daripada perlawanan kerana kecederaan paha serta-merta selepas menjaringkan penalti.
Angel Di Maria jangka PSG pecat Mauricio Pochettino
Pochettino mengikat kontrak di PSG hingga 2023 tetapi jawatannya sudah lama dilaporkan terancam.